~ketika cinta bertasbih~

~ketika cinta bertasbih~
hanya Allah cinta kita selamanya

Wednesday 3 April 2013

teSt JPJ kEte

assalamualaikum my little diary tersayang.. hehehe.. hari ni aku ada test JPJ kete. dan alhamdulillah, aku BERJAYA !!! *tepuk tangan utk aku*. hehehe. di kesempatan ini(eh, mcm ucapan hari raya pulak. hahaha), aku nak ucapkan terima kasih sangat2 pada semua yg sokong aku especially my mom, my dad, my siblings n my beloved frenz --> Fara n Mieza. hehehe. thanks atas doa korang. aku sayang korang sgt2. utk akak RAZIAH, thanks a lot sudi ajar kite yg agak noty ni. hehehe. for Aliah Manap, thanks sebab belanja aku makan tadi n tahniah coz lulus lesen moto n kete. terbaik ar kau. hehe. eh, lupe pulak. utk kawan aku --> Daniel n Fitri, thanks cgt2 atas doa dan sokongan korang. huhu.

ok, sekarang aku na share sikit ilmu pasal ujian memandu ni. aku terang serba sedikit dulu. latihan memandu ni ada dua bhgian
1) Bahagian II(ujian meletak motokar)
2) Bahagian III(ujian dijalan raya)

bahagian jalan raya tu, aku tana cite. sebab lain tempat lain jalan. eh, lupe pulak nak bgthu. aku bljr memandu ni kat DRIVING SCHOOL BANDAR MAHARANI BAKRI. hahaha. buat promosi lak aku ni.

BAHAGIAN II

1) Ujian Mendaki Bukit
--> masuk gear 1, tekan minyak, naik bukit sampai cermin sisi selari dgn tiang, kemudian brake, keluarkan kepala, tgok tayar depan btol2 atas garisan kuning x, kalau dah btol, tarik handbrake dan angkt tgn. kalau x betol lagi tayar tu, jgn ngada2 nak angkt tgn, undurkan kete ke belakang sampai tayar depan btol2 sblom garisan putih. buat semula. lepas tu, masuk gear 1, tekan minyak sampai bunyi BROOM tapi jgn tekan kuat cgt yea. lepas kan clutch perlahan-lahan. bila rasa kereta tu nak terangkat, tahan clutch dan lepaskan handbrake. SELESAI. ^_^

2) Parking
--> undur kereta sampai nampak tiang pertama kat tgh2 cermin segitiga belakang.
--> pusing stereng ke kiri sampai habis, tgok side mirror kanan dan undur sampai nmpk 7 tiang.
--> pusing stereng kanan 2x, undur sampai tayar belakang atas garisan putih/cermin kiri penumpang selari dgn tiang pertama.
--> pusing stereng kanan sampai habis, undur sampai hampir dgn tiang belakang.
--> tgok tayar depan dan cermin sisi sudah masuk dalam petak parking.
--> freekan gear dan angkt  tgn.(stereng jgn usik)
--> masuk gear 1, gerak ke depan sampai cermin kiri penumpang selari dgn tiang pertama.
--> pusing stereng kiri 3x dan keluar.SELESAI. ^_^

3) Ujian Pusingan 3 Penjuru
--> ikut anak panah masuk.
--> bila sampai tiang ke-2, pusing stereng ke kanan sampai habis dan brake.
--> free gear, pusing stereng ke kiri sampai habis.
--> masuk gear R dan undur sampai tayar depan berada atas garisan putih di tgh2 dan brake.
--> free gear, JANGAN LEPAS BRAKE, dan pusing stereng ke kanan sampai habis.
-->masuk gear 1 dan gerak keluar.
#INGAT! BRAKE HANYA 2x SAHAJA(tgok yg aku gariskan kat atas)
SELESAI. ^_^

ok DONE bahagian II. senang atau x, kene cuba dulu baru tahu.
hope, bermanfaat entri ni utk semua. aku hanya mampu berkongsi ilmu yg sedikit je.
yg lain,korang kene usaha sendiri. percaya pada Allah, yakin pada diri. in shaa Allah, kejayaan milik ---> ANDA

   ~* JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH, KAU PASTI BOLEH MELAKUKAN *~

No comments:

Post a Comment

hiasi hari anda dgn iman :-)




I made this widget at MyFlashFetish.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...