~ketika cinta bertasbih~

~ketika cinta bertasbih~
hanya Allah cinta kita selamanya

Tuesday 12 June 2012

jaga pandangan anda !!!



~✿>> Andai seorang lelaki mampu TIDAK BERPALING dan BERKELIP-KELIP memandang kamu, nescaya mata dia akan tidak berkelip-kelip juga saat MEMANDANG WANITA LAIN..bukankah begitu?

Allah swt berfirman :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang LELAKI YANG BERIMAN supaya mereka MENYEKAT PANDANGAN mereka (daripada memandang
yang HARAM), dan MEMELIHARA KEHORMATAN mereka. Yang demikian itu lebih
suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan."
♥(Surah An-Nur : 30)♥

#Sama-sama menjaga pandangan

didiklah jauzahmu



Diciptakan semua berpasang-pasangan, ada siang dan malam, ada muda dan tua, ada terang ada gelap dan ada lelaki dan perempuan.

Usahkan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.

Segalanya ada dalam syurga. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Ingatlah dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Bentuklah dan luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

bila dia bukan milikku


Ya Allah,

Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,

Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

~ ♥ Wahai pemilik tulang rusuk ku ~ ♥

cukuplah Allah bagi diriku



✿✿..Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika kau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu..✿✿
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)

hiasi hari anda dgn iman :-)




I made this widget at MyFlashFetish.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...