~ketika cinta bertasbih~

~ketika cinta bertasbih~
hanya Allah cinta kita selamanya

Saturday, 22 October 2011

~ ada apa dengan cinta? ~



CINTA tidak pernah MEMINTA, ia sentiasa MEMBERI, cinta membawa PENDERITAAN, tetapi tidak pernah BERDENDAM, tak pernah MEMBALAS DENDAM, Dimana ada CINTA disitu ada kehidupan. manakala KEBENCIAN membawa KEMUSNAHAN



TUHAN memberi kita DUA KAKI utk BERJALAN, DUA TANGAN utk MEMEGANG, DUA TELINGA utk MENDENGAR dan DUA MATA utk MELIHAT...



Tetapi mengapa TUHAN menganugerahkn SEKEPING HATI kpd kita? Kerana TUHAN tlh memberi SEKEPING lagi HATI pada SESEORANG yg kita pon tak tahu. Itulah namanya CINTA???




Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah SUNGAI. SATU titis air mata itu MENYAPA air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang GADIS yg MENCINTAI seorang LELAKI tetapi tlh KEHILANGANNYA. Siapa kamu pula?"



Jawab titis air mata keDUA ITU," Saya air mata seorang LELAKI yg MENYESAL membiarkan seorang GADIS yg MENCINTAI saya berlalu begitu saja....



JIKA kita MENCINTAI seseorang kita akn selalu MENDOAKANNYA. walaupun DIA TIDAK BERADA DI SISI KITA.



JANGAN SESEKALI mengucapkn SELAMAT TINGGAL jika kamu masih MAU MENCOBA, JANGAN SESEKALI MENYERAH jika kamu masih merasa SANGGUP.
JANGAN SESEKALI mengatakn kamu TIDAK MENCINTAINYA LAGI sekiranya perasaan itu tak pernah hilang dlm diri...


perasaan CINTA itu dimulai dari MATA, sedangkan rasa SUKA dimulai dari TELINGA.


Jadi jika kamu mahu BERHENTI MENYUKAI seseorang, cukup dgn MENUTUP TELINGA. Tapi apabila kami mencuba MENUTUP MATAMU dari org yg kamu CINTAI, cinta itu berubah menjadi TITISAN AIR MATA dan terus TINGGAL DIHATI dlm jangka masa yg LAMA...



Jangan simpan kata2 CINTA pd org yg TERSAYANG, sehingga dia MENIGGAL DUNIA, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata CINTA itu pd PUSARANYA. Sebaliknya UCAPKAN kata-kata CINTA yg tersimpan dibenakmuitu SELAGI ada HAYATNYA...



Mungkin TUHAN menginginkn kita BERTEMU & BERCINTA dgn org yg SALAH sblm bertemu dgn org yg TEPAT,kita harus mengerti bagaimana BERTERIMA KASIH ats KURNIAANYA itu....



CINTA bkn MENGAJAR kita LEMAH,tetapi membangkitkan KEKUATAN.
CINTA bkn MENGAJAR kita MENGHINAKAN DIRI,tetapi MENGHEMBUSKAN KEGAGAHAN.
CINTA bkn MELEMAHKAN SEMANGAT,tetapi MEMBANGKITKAN SEMANGAT.



CINTA dpt mengubah PAHIT menjadi MANIS,DEBU beralih EMAS,KERUH menjadi BENING,SAKIT menjadi SEMBUH,PENJARA menjadi TELAGA,DERITA menjadi NIKMAT,dan KEMARAHAN menjadi RAHMAT...



Sungguh MENYAKITKAN MENYINTAI seseorang yg tidak MENCINTAIMU....
tetapi lebih MENYAKITKAN apabila kamu MENCINTAI seseorang dan kamu tidak pernah MEMILIKI KEBERANIAN utkMENYATAKAN CINTAMU padanya.




Hal yg MENYEDIHKAN dlm hidup adlh ketika BERTEMU seseorang yg sngt BERERTI BAGIMU tetapi akhirnya menjadi TIDAK BERERTI BAGIMU dan kamu harus MEMBIARKANNYA PERGI...


Kamu TAHU bahawa kamu sngt MERINDUKAN seseorang,
ketika kamu MEMIKIRKANNYA hatimu HANCUR BERKEPING-KEPING,
dan HANYA dgn MENDENGAR kata "HAI" darinya dpt menyatakan kembali kepingan hati tersebut...



TUHAN ciptakan 100 bhgn KASIH SAYANG.99 disimpan DISISINYA dan hanya 1 bhgn diturunkan keDUNIA...

Dengan KASIH SAYANG yg 1 bhgn itulah makhluk saling BERKASIH SAYANG sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...


kadangkala kamu tidak MENGHARGAI org yg MENCINTAI kamu SEPENUH HATI sehinggalah kamu KEHILANGANNYA.Pada saat itu,tiada guna PENYESALAN kerana PERGINYA tanpa BERPATAH lagi...


Jangan MENCINTAI seseorang sprti BUNGA,kerana BUNGA MATI KALA MUSIM BERGANTI,
Cintailah mereka sprti SUNGAI,karena SUNGAI MENGALIR selamanya...


CINTA mampu melunakkan BESI,menghancurkn BATU,serta membuat BUDAK mnjdi PEMIMPIN.Inilah DASYATNYA CINTA.....!!!



PERMULAAN CINTA adlh MEMBIARKAN org yg kamu CINTAI mnjdi dirinya SENDIRI,dan tidak MERUBAHNYA mnjdi apa yg kamu inginkan.Tetapi fahamilah dan terimalah dirinya seadanya kerana itulah yg terbaek...



Kata-kata CINTA yg LAHIR hny sekadar DI BIBIR dan bukannya DI HATI mampu melumatkan seluruh JIWA DAN RAGA...manakala kata-kata CINTA yg lahir dari HATI yg IKHLAS mampu MENGUBATI segala LUKA DI HATI org ug mendengarnya...


Kamu tidak pernah tahu bila kamu JATUH CINTA,namun apabila sampai SAATNYA itu,RAIHLAH dgn kedua tanganmu,dan jgn BIARKAN dia PERGI dgn SEJUTA RASA tanda tanya dihatinya...



CINTA bknlh kata MURAH dan LUMRAH dituturkan dari MULUT ke MULUT tetapi CINTA adlh ANUGERAH TUHAN yg INDAH dan SUCI jika manusia menilai KESUCIANNYA....


Bukan LAUT namanya kalu tidak BEROMBAK.
Bukan CINTA namanya jika perasaan tidak pernah TERLUKA.
Bukan KEKASIH namanya jika HATI tidak pernah MERINDU...



BERCINTA mmg mudah.Untuk DICINTAI juga mudah.TETAPI utk DICINTAI oleh org yg kita CINTAI itulah yg SUKAR DIPEROLEH....


Satu-satunya cara agar kita MEMPEROLEH KASIH SAYANG ialah jgn MEMINTA agr DISAYANGI tetapi mulailah memberi KASIH SAYANG kpd org lain tanpa mengharapkan BALASAN...



andai dia jodohku


di pagi yang kelam,
ku tersedar dalam cahaya,
lantas memori indah mengimbau,
disaat itu,
rindu kian memuncak,
pada insan bernama kekasih......

Ya Allah....
jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
jangan jadikan ini satu kealpaan,
jangan jadikan kerinduan ini...
meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul...

sesungguhnya ya Rahman...
engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
merindu pada insan yang tidak pasti,
namun dia adalah harapan,
kerana kami pernah mengukir janji,
menaruh rasa rindu kami,
menahan rasa rindu kini,
yang ada hanya rindu padaMu,
Sang Pencipta Rindu,
hingga tiba saatnya,
rindu yang halal itu milik kami,

maka ya Rahman...
teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
jangan biarkan rindu itu terus mekar dan berbunga,
mematuk dan terus menular bisanya,
hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
kerana,
semuanya tiada erti tanpa redha-Mu,
ya Rabbi...

~ satukan kami dalam cinta-Mu Ya Allah ~

Friday, 21 October 2011

~satukan kami dalam cinta-Mu~




~Kalau benar ingin menjadi LELAKI yang MENCINTAI perempuannya, maka MULALAH dengan BERUSAHA membawa diri ke SYURGA. Kerna nanti KAU perlu memimpinnya ke sana~





~Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nuur 24:32)~ ^_^

~ yakinlah dgn jodoh dari Allah ~




~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lainpun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan


BERTUKAR.. ^_^ ♥♥♥♥♥♥♥

~ wahai lelaki ~



~* WAHAI LELAKI.. *~





Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :


•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,


•.♥• Nasihatilah dia,


•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿

ikhlaskn hatiku kerana Allah

Teladan Kisah Terdahulu


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.





Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱ Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●⊰●●⊰●●●●

kasih ibu bawa ke syurga.....

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"





Mana Mak?'





Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

biar rindu ini tersimpan dilipatan hati

ASSALAMUALAIKUM.....

khas buat AWAK.....
jika namamu yg t'tulis di Lauhul Mahfudz utk diriku,
nescaya rasa cinta itu akn Allah tanamkn dlm diri kita,
tugasku bkn mncri dirimu,
tetapi mensolehahkn diriku,
Wahai seseorang yg tlh t'tulis di Lauhul Mahfudzku,
imamku,dan ayh kpd anak-ankku,
engkau yg akn menyemai p'jalananku nanti,
aQ percaya engkau sdg membaiki dirimu,
memantaskn dirimu utk mnjdi imam bgi tulang rusukmu,
dan buah hatimu kelak....<3<3<3

hiasi hari anda dgn iman :-)




I made this widget at MyFlashFetish.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...